Allah Bless!
May Allah Bless You!
Ini ekspresi doa ringkas yang biasa kita terima dan kita hadiahkan sesama rakan.
Kita hamba yang mengharapkan kasih dari Pencipta.
Kasih yang datang dalam pelbagai
packaging dan yang kerap kita minta ialah berkat atau barakah dalam hidup seharian.
Barakah. Apakah?
1. Dengan sumber yang sedikit, dianugerah pencapaian setinggi bukit.
2. Dengan usaha yang minima, mampu nikmati hasil maksima.
3. Dengan masa yang terhad, pelbagai perkara dapat dibuat.
Beberapa hari yang lepas saya menziarahi laman
Productive Muslim. Muslim yang produktif adalah hamba yang dihadiahkan barakah oleh Allah. Saya baca satu artikel,
18 Sources of Barakah dan di sini saya kongsikan intipati artikel tersebut:
1. Mula dengan niat yang murni.
Buat kerana Allah. Bukan kerana makhluk Allah.
2. Benar beriman dengan Allah.
Surah Al-A'raaf (Tempat Tertinggi): 96
Dan sekiranya penduduk negeri itu,
BERIMAN serta BERTAKWA,
tentulah Kami bukakan kepada mereka KEBERKATAN dari langit dan bumi.
Subhanallah! Syarat utama sudah dicatat, moga barakah turun dengan lebat. Aamiin.
Dalam ayat yang sama Allah sambung lagi:
Tetapi, mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Allah... semoga kita tidak termasuk kategori ini.
3. Letak kepercayaan dan kebergantungan kepada Allah.
Surah At-Talaaq (Cerai/Talak): 3
Dan sesiapa berserah diri kepada Allah,
maka ALLAH CUKUPLAH BAGINYA.
Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.
4. Baca Al Quran dan rasai limpahan barakah dalam setiap aspek kehidupan kita (biiznillah).
5. Baca Bismillah. Apabila mula dengan namaNya, syaitan tidak dapat turut serta.
6. Makan beramai-ramai.
Pesan Nabi Muhammad (saw):
"Sesiapa yang mempunyai makanan yang cukup untuk dua orang,
perlu mengambil satu ketiga
dan sesiapa mempunyai makanan yang cukup untuk empat orang,
perlu mengambil kelima atau keenam
(atau berkata sesuatu yang serupa)." (Bukhari)
7. Jujur dalam perniagaan.
Nabi Muhammad (saw) berkata:
"Pembeli dan penjual mempunyai pilihan
untuk membatalkan atau mengesahkan tawaran jualbeli melainkan mereka yang berasingan,
dan jika mereka bercakap kebenaran dan berterus terang akan kecacatan barangan,
maka mereka akan diberkati dalam tawaran mereka,
dan jika mereka berdusta dan menyembunyikan beberapa fakta, mereka tidak dapat rahmat Allah. "
(Bukhari)
Dengan izinNya, saya akan kongsi Bahagian 2 dalam posting akan datang.