Monday, April 28, 2014

Read out loud. Baca dengan Suara.

Membaca dengan suara memberi manfaat kepada anak-anak.  Ia memupuk sifat suka membaca sejak awal.  Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sebagai fasilitator pembelajaran anak-anak?

Go beyond reading words.  
Sebagai seorang PLF (professional learning facilitator), ibu ayah berperanan memetik suis ingin tahu di dalam minda anak-anak.

1.  Apabila cerita disertakan gambar, ajukan soalan kepada si kecil, apa yang mereka nampak.
2.  Terangkan maksud cerita.  Tanya apa yang mereka faham.
3.  Dorong mereka untuk ceritakan semula.  Bagus jika cerita yang dibaca dapat dikaitkan dengan kisah lain.  Tidak salah jika terkeluar topik.  Dialu-alukan!

Cerita yang dibaca ialah ‘trigger’ untuk memandu mereka memahami dunia sekeliling.

Bagi ibu ayah yang menjadi pembaca, read aloud membantu anda:
1.  Membaca perkataan satu persatu.  This is a good practice for pronunciation. 
2.  Membaca dengan tempo lebih perlahan.  You read every word and this helps you and the child to catch what the story is about.
3.  Merangsang otak (dipetik dari buku Train the Brain oleh Dr Kawashima).
Apakah bahan bacaan yang bagus?
Al Quran.  Ada kisah, ada hikmah. Ada pengajaran, ada tauladan.  Ada ancaman, ada ganjaran.
Personal sharing:

"Awal Surah Al-Maa'idah sebagai bedtime story Cik Sarah"

Sejak kebelakangan ini, buku di sebelah menjadi pilihan Sarah semasa di dalam kereta, sebelum tidur. Saya 'underestimate' tahap pemahaman cikpuan kecil ini dengan memilih surah-surah bercerita sahaja untuk dibaca. Contoh, Surah Yusuf, kisah Nabi Sulaiman dan burung hud-hud, dan cerita Maryam mendapat Nabi Isa. 

Sarah suka membuka muka surat secara 'random'. Mendarat di Surah Al-Maaidah. Sudah.... surah ini dimulakan dengan seruan, apa halal, apa haram..rasa seperti agak berat bagi kanak-kanak 5 tahun.

Saya pilih untuk baca juga kerana pendengar sudah sedia pasang telinga (dan hati). Sarah suka. Baca lagi, baca lagi.

Saya belajar: Bukan anak itu yang tidak boleh faham. Emaknya yang patut berusaha bantu dia faham. Paling penting, doa mohon Allah beri kefahaman.

Heeeheeeee....SIMPLIFY!
Kata Ustaz Mohammad Asraff Ayob, "Al Quran is simple, but not simplistic."
(Nota:  Buku Memahami Al Quran Petunjuk Kita,  Hj. Mohamad Ayob Yasin)

No comments:

Post a Comment