Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Bawa Bertenang, Bonda - Seminar Supermommy 21 Mac 2015 di PPAS Shah Alam

Alhamdulillah.
Rezeki kita Allah sudah tetapkan.  Tiada kebetulan melainkan ketetapan.
Bermula dengan ‘friendly PM’ di FB, saya menghantar mesej ke Puan Siti Sarah, seorang usahawan online yang fokus kepada produk bahan bantu mengajar daneducational toys.
MashaAllah!  Beliau mengundang saya ke seminar khusus buat ibu sibuk dan kelam-kabut yang mahukan ketenangan dalam rutin harian.
Ahem, that sounds like me – always on the go, juggling tasks and activities and would love to have time for me-self.
Ini sudah bagus.  Pucuk dicita, ulam pegaga.  Syaratnya, di hujung program saya buat perkongsian 30 minit tentang Roadschooling.
———–
Alhamdulillah.
Segala puji hanya layak bagi Allah Pemilik Nyawa kita, Pentadbir semesta.
Seminar yang dianjurkan oleh sahabat saya itu ialah Seminar Supermommy bersama Puan Husna Haron (http://www.efficient2me.com/)
Saya suka konten yang disampaikan.
Puan Husna memindahkan kemahiran mengurus aktiviti harian yang merangkumi LAPAN elemen kehidupan.  Caranya, mesti ada SISTEM.
Apakah itu sistem?
Sistem ialah cara kerja ‘shortcut’.
Kemas rumah ada sistem.  Uruskan ‘laundry’ ada sistem.  Bagus, yes?
Saya suka dengan cara Puan Husna letakkan Al Quran sebagai sumber rujukan bagi mencari jawapan permasalahan yang kita hadapi.  “Bawa Al Quran di dalam beg tangan.”
Saya senang dengan penyampaian beliau yang berlapik – maksudnya, beliau kembalikan kuasa mutlak kepada Allah, Pentabdir semesta.
11010571_10205254536138177_9039417954741551038_n
(Foto:  Bersama Puan Husna selepas seminar tamat).
———– S U R P R I S E —————
Memenuhi ‘syarat’ undangan, saya membuat perkongsian ringkas tentang perjalanan Roadschooling :)
Tiada yang teknikal.  Lebih kepada penceritaan, apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan di ‘the road less taken’ ini.
Seperti yang saya kongsikan di Seminar Parenting 212 pada awal Mac tempohari, ada 4 P yang menjadi LEARNING POINTS peribadi saya sebagai seorang ibu roadschooling.
Tunggu posting seterusnya, inshaAllah.

Friday, February 20, 2015

You are My Sunshine

Bismillahirrahmaanirraheem.

"Ayuh tangkap dan guna bahasa Mat Saleh untuk jadi amal soleh"

http://youtu.be/6Nidg8Wmbdc

"Prophet Muhammad Sayyidul Mursalin
the one we follow Habibullah
he loves his ummah he loves them dearly
O Allah we love him too
If you love Allah follow Rasulullah
Allah will shower you with his rahmah
Let's say solawat follow his sunnah
O Allah we need his syafa'ah
Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad
Wa a'la aali Muhammad
Solaatan Daaiman Abadan"

Alhamdulillah dengan izinnya, beberapa lirik nursery rhymes telah diubahsuai serasi dengan nilai Islami.
Ada di dalam ebook FBI: Games on Wheels.

Cara mudah menggunakan bahasa Inggeris ialah melalui permainan.
Buku FBI: Games on Wheels ini merupakan koleksi permainan bahasa yang mencabar kepantasan minda serta melatih kemahiran bertutur dan mendengar.
Jangan risau, tiada ‘grammar police’ yang akan memeriksa tatabahasa pemain.  Mahu ‘warm up’ dengan Bahasa Melayu dahulu juga boleh.


Borang belian di sini:
Lembaran 37 halaman - Lima Langkah Awal dan Tiga...
DOCS.GOOGLE.COM

Tuesday, May 20, 2014

Kuasa Nombor Pecahan: Perintah Tuhan di dalam Al Quran

Teringat zaman sekolah rendah, menghafal sifir dengan susah-payah.
Di dalam kelas matematik, Cikgu akan menyoal sifir secara congak dan hanya yang berjaya menjawab dengan tepat mendapat nikmat duduk di kerusi.  Yang gagal apabila disoal akan dihukum berdiri atau jika kena hukum penalti, berdiri di atas kerusi.



Ini bukan posting tip menghafal sifir.

Ini catatan pembelajaran tentang aplikasi sifir iaitu PECAHAN di dalam pengajian madrasah.
Kelasnya kelas ilmu FARAID.

Jujur, mulut saya ternganga apabila masuk ke kelas faraid... hari pertama pula.

Tuan Guru Ustaz Ilyas dengan santai membuat pengiraan di whiteboard sambil mengupas istilah matematik dalam bahasa Arab.  (Bayangkan para alim ulama kita belajar Maths in Arabic! Subhanallah)

Topik yang dikupas pagi itu ialah langkah membuat pengiraan faraid apabila ada laporan kematian.
Jadi, ustaz akan berikan kes.
Pelajar (kami lah tu) akan buat catatan mengikut laporan yang diperolehi.
Ada beberapa langkah yang harus diambilkira, contohnya, kenalpasti dahulu pertalian antara pelapor dan si mati sebelum catatan dibuat.
Seterusnya, ada formula yang membantu pengiraan.

Dalam posting ini bukan data teknikalnya yang mahu saya tulis, almaklum, budak baru belajar.
Saya terkesima dengan betapa perincinya perintah Allah di dalam kitab manual kehidupan harian kita, Al Quran.

Selama saya belajar matematik, dari satu campur satu sehingga ke kelas calculus, saya tidak pernah nampak kaitan langsung antara ilmu nombor ini dengan susunatur kehidupan, atau lebih tepat lagi, kematian.

Hari ini saya mula melihat aplikasi pecahan.
The application of fractions in fiqh.

Allah cipta nombor untuk kita saksikan ketelitianNya.
1/6, 1/4, 1/3, 1/8, 1/2 - angka-angka ini mewakili hak seorang anak yatim, isteri, ibu, ayah, adik-beradik, dan lain-lain.

Pecahan dicipta Tuhan untuk menyatukan kita.

Wallahu a'lam.
Perjalanan masih jauh.






Memburu Ilmu bersama Tuan Guru


MENGAPA 'HIDAYATUS SALIKIN'?

Pengajian Akbar Kitab HIDAYATUS SALIKIN bersama Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam bakal diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KL pada 5-8 Jun 2014 kerana...

Isi kitab ini adalah berkenaan dengan tiga ilmu utama yang mesti difahami dan dihayati (setakat fardu ain terlebih dahulu), iaitu ilmu aqidah, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.

* Ilmu aqidah adalah untuk membetulkan aqidah dan penghayatannya;
* Ilmu fiqh adalah untuk membetulkan ibadah dan amalan-amalan dalam kehidupan dan penghayatannya;
* Ilmu tasawuf adalah untuk mengenali ilmu membersihkan batin dan zahir manusia supaya amalannya diterima oleh Allah dan tidak ditolak-Nya.

Turut dibincang juga tentang:
* menuntut ilmu yang bermanfaat dan mengelak daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
* huraian aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menyentuh 20 sifat ketuhanan.
* sifat-sifat Nabi SAW dan kedudukan nabi-nabi dan rasul a.s.
* soal kiamat dan akhirat,
* kedudukan para Sahabat dan Khulafa ur-Rasyidin.

Ini diikuti dengan segi-segi ketaatan yang zahir dan yang batin, juga perkara menjauhi maksiat yang zahir dan batin, semata-mata untuk membawa manusia kepada taqwa, antaranya:
* adab-adab membersihkan dan menyucikan diri untuk beribadah kepada Allah, adab-adab berwuduk, adab mandi wajib, adab dan hukum tayamum, adab ke masjid, adab-adab menjaga masa setiap hari, solat Isyraq, Dhuha dan wirid-wiridnya.
* persiapan untuk solat, hukum-hukum dan doa-doa serta wirid-wiridnya, dan sebagainya.
* hukum-hukum dan adab-adab melaksanakan ibadah puasa dengan menjaga anggota zahir daripada membatalkan puasa, dan lain-lain.
* menjauhkan diri daripada maksiat yang batin, serta pelbagai sifat mazmumah dan mahmudah.
* dan sebagainya.

Pendek kata, ia adalah rangkuman penghalusan tatacara ibadah, akhlak dan adab yang sepatutnya ada pada setiap muslim bermula dari bangun tidur hingga masuk tidur kembali.

*******************************

JOM KITA MENGAJI BERTALAQI KITAB HIDAYATUS SALIKIN

Yuran Penyertaan: RM150 sahaja seorang.

Pendaftaran masih dibuka.

Hubungi Urusetia: 03 614 21 614
Sms/ Whatsapp: 013-669 7992 (Suriati) / 019-319 8195 (Khalidah)
Emel : suriati@galeriilmu.com

Tarikh tutup pendaftaran: 25 Mei ini.

Monday, April 28, 2014

Pesan Nabi Kesayangan Tuhan dan HambaNya


Hadith Rasulullah yang teramat indah untuk diperhalusi.
Membesarkan anak perempuan banyak keistimewaannya.
Mereka bakal isteri dan bakal bonda buat ummat Nabi.
Ganjaran indah menanti di syurga.

Poster cantik ini didesain oleh sahabat saya Puan Illy Muzliza dari ohsomuslim. :)

Friday, April 25, 2014

Mengundang Barakah Bahagian 1


Allah Bless!
May Allah Bless You!

Ini ekspresi doa ringkas yang biasa kita terima dan kita hadiahkan sesama rakan.

Kita hamba yang mengharapkan kasih dari Pencipta.
Kasih yang datang dalam pelbagai packaging dan yang kerap kita minta ialah berkat atau barakah dalam hidup seharian.

Barakah.  Apakah?

1.  Dengan sumber yang sedikit, dianugerah pencapaian setinggi bukit.
2.  Dengan usaha yang minima, mampu nikmati hasil maksima.
3.  Dengan masa yang terhad, pelbagai perkara dapat dibuat.

Beberapa hari yang lepas saya menziarahi laman Productive Muslim.  Muslim yang produktif adalah hamba yang dihadiahkan barakah oleh Allah.  Saya baca satu artikel, 18 Sources of Barakah dan di sini saya kongsikan intipati artikel tersebut:

1.  Mula dengan niat yang murni.
Buat kerana Allah.  Bukan kerana makhluk Allah.

2.  Benar beriman dengan Allah.
Surah Al-A'raaf (Tempat Tertinggi): 96

Dan sekiranya penduduk negeri itu,
BERIMAN serta BERTAKWA,
tentulah Kami bukakan kepada mereka KEBERKATAN dari langit dan bumi.

Subhanallah!  Syarat utama sudah dicatat, moga barakah turun dengan lebat. Aamiin.

Dalam ayat yang sama Allah sambung lagi:

Tetapi, mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Allah... semoga kita tidak termasuk kategori ini.

3.  Letak kepercayaan dan kebergantungan kepada Allah.
Surah At-Talaaq (Cerai/Talak): 3

Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, 
maka ALLAH CUKUPLAH BAGINYA.
Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.

4.  Baca Al Quran dan rasai limpahan barakah dalam setiap aspek kehidupan kita (biiznillah).

5.  Baca Bismillah.  Apabila mula dengan namaNya, syaitan tidak dapat turut serta.

6.  Makan beramai-ramai.

Pesan Nabi Muhammad (saw):
"Sesiapa yang mempunyai makanan yang cukup untuk dua orang, 
perlu mengambil satu ketiga 
dan sesiapa mempunyai makanan yang cukup untuk empat orang, 
perlu mengambil kelima atau keenam
(atau berkata sesuatu yang serupa)." (Bukhari)

7.  Jujur dalam perniagaan.
Nabi Muhammad (saw) berkata: 
"Pembeli dan penjual mempunyai pilihan 
untuk membatalkan atau mengesahkan tawaran jualbeli melainkan mereka yang berasingan, 
dan jika mereka bercakap kebenaran dan berterus terang akan kecacatan barangan, 
maka mereka akan diberkati dalam tawaran mereka, 
dan jika mereka berdusta dan menyembunyikan beberapa fakta, mereka tidak dapat rahmat Allah. "
(Bukhari)


Dengan izinNya, saya akan kongsi Bahagian 2 dalam posting akan datang.

Tuesday, April 22, 2014

Bermula Lembaran Baru

In the Name of Allah, the Lord of Mercy, the Giver of Mercy.

Ini terjemahan Bismillahirrahmaanirrahiim yang dekat dengan hati saya.

Saya diperkenalkan kepada senaskhah terjemahan AlQuran yang menambat jiwa oleh seorang sahabat rapat.  The Quran, A New Translation by M.A.S Abdul Haleem (Oxford).  Itu yang tertulis di kulit buku.


Saya seorang pembaca yang pada zaman remaja membesar dengan bahan bacaan Inggeris.  Novel paperback biasa dihabiskan dengan cepat, apatah lagi bila dibaca sambil bersantai di atas sofa.

The Qur'an tiba ke tangan saya pada waktu yang ditetapkan Maha Penyusun Acara.  Saat saya mencari jalan mahu  menghadam mesej cinta yang diturunkan Maha Pencipta buat hamba-hambaNya.

Bayangkan.  Naskhah istimewa ini bersaiz novel biasa.  Sedap dibawa, padat digenggam.  Di dalamnya, muka demi muka menghidangkan terjemahan Al Quran dalam bahasa Inggeris yang ditulis bukan sebaris, sebaris, tetapi bersambung seperti penulisan buku biasa.

Nampak biasa, sebenarnya super!