Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Catan Royal Belum 2

Perjalanan ke kampung ini memerlukan kenderaan 4WD.
30-45 minit mendaki bukit.
Alhamdulillah, Allah izinkan kami angkut lima roadschoolers sekali untuk mereka lihat apa yang ayah ibu mereka buat untuk bangunkan diri masing-masing.
Semoga selepas kami sudah tiada, ada penyambung misi inshaAllah.
Foto 1: KD at 7 months, feeling at home smile emoticon
Foto 2: The children begged to sit 'outdoor.' So we let them.
Foto 3: The truck decided to take a break. Alhamdulillah sudah turun bukit dan hampir ke jalan besar Grik-Jeli.
Foto 4: The faces that always melt my heart.
This was last year.
Menanti masa untuk kembali ke sana tahun ini biiznillah.
Sekian,
Catatan Royal Belum 2




Monday, February 23, 2015

Cerita Royal Belum 1

* Missing them *
Gambar pengubat rindu.
We have always visualized a life of a 'musafir', a traveler.
Not a tourist, but a traveler.
Mixing with the locals, catching their languages, 'pakai baju sama dua-tiga-hari-masih-OK' kind of traveling.
And of course, the children will join the adventure.
Pernah terbayang, pergi ke tempat-tempat yang hanya ditonton di National Geographics? Ke lokasi eksotik anugerah Allah Al Khaliq.
Last year, alhamdulillah, the dream came true.
It was beyond what we asked for.
Asalnya mahu pergi jalan-jalan, berubah menjadi misi pembangunan insan.
Insan yang mahu dibangunkan itu diri sendiri.
Sekian,
Catatan Awal Cerita Royal Belum

Selfie without monopod.
Look at their eyes...kagum melihat wajah sendiri di skrin.

Bermain dengan Bahasa Inggeris bersama anak-anak Royals.
 Lihat perkataan dan gambar, letakkan di pinggan yang betul.

Ibu-ibu menemani anak-anak ke kelas.

This is their playground!
Oksigen suci di sini.
Hati murni di sini.
Tiada istilah pening.
Apa ada semua dikongsi.
 

Balloons and children ibarat isi dengan kuku.
Cara memenangi hati anak-anak - bawa belon dan tiup. No words needed. 

 
To reach the village, we had to go through two checkpoints, one military and another state park.
Children under 12 cannot enter.

So...anak-anak..tunggu 12 tahun ya baru boleh ikut Umi and Abi.
Mehmet followed us once.
Next, Musa pula inshaAllah.

Monday, June 2, 2014

Ke Belum Lagi

Menaip di atas bot di tengah Tasik Temengor.
Sesi bersama anak-anak Kg. Sg. Kejar di Royal Belum baru sahaja selesai.
Di kiri kanan perjalanan, rimbunan nan hijau menyejukkan pandangan. 

Lega.
Tiada billboards yang memancing hati menambah kehendak. 

Di dalam kereta subuh tadi, saya berkesempatan mendengar audio terjemahan dan penerangan beberapa ayat pertama dari juz 3.

Allah menghantar Rasul kepada kaum manusia.  Antara rasul-rasul itu ada yang diberi status tinggi berbanding yang lain.

Contoh yang diberi di dalam ayat yang dibaca ialah Nabi Isa dan status baginda yang istimewa.  Ini adalah ujian bagi kaum yang diberi kelebihan.  Apakah dengan keistimewaan itu mereka menjadi lebih taat atau sebaliknya.

Saya berfikir.
Kita (saya) kerap rasa kurang kecukupan dan sentiasa berkemahuan.  Minta itu dan ini. 

Hari ini, pulang dari perkampungan Orang Asli yang warganya masih 'kais pagi makan pagi', audio ayat yg didengar pagi tadi menyentap hati.

Ya, kais pagi makan pagi itulah mereka.
Menunggu bot masuk dengan harapan perut dapat dialas.

Mesej untuk diri.  Cukup-cukuplah mengidamkan itu dan ini.  Kelebihan kurniaan Tuhan itu ujian.

Halal dihisab, haram diazab.
Wallahu a'lam.

Monday, April 28, 2014

Read out loud. Baca dengan Suara.

Membaca dengan suara memberi manfaat kepada anak-anak.  Ia memupuk sifat suka membaca sejak awal.  Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sebagai fasilitator pembelajaran anak-anak?

Go beyond reading words.  
Sebagai seorang PLF (professional learning facilitator), ibu ayah berperanan memetik suis ingin tahu di dalam minda anak-anak.

1.  Apabila cerita disertakan gambar, ajukan soalan kepada si kecil, apa yang mereka nampak.
2.  Terangkan maksud cerita.  Tanya apa yang mereka faham.
3.  Dorong mereka untuk ceritakan semula.  Bagus jika cerita yang dibaca dapat dikaitkan dengan kisah lain.  Tidak salah jika terkeluar topik.  Dialu-alukan!

Cerita yang dibaca ialah ‘trigger’ untuk memandu mereka memahami dunia sekeliling.

Bagi ibu ayah yang menjadi pembaca, read aloud membantu anda:
1.  Membaca perkataan satu persatu.  This is a good practice for pronunciation. 
2.  Membaca dengan tempo lebih perlahan.  You read every word and this helps you and the child to catch what the story is about.
3.  Merangsang otak (dipetik dari buku Train the Brain oleh Dr Kawashima).
Apakah bahan bacaan yang bagus?
Al Quran.  Ada kisah, ada hikmah. Ada pengajaran, ada tauladan.  Ada ancaman, ada ganjaran.
Personal sharing:

"Awal Surah Al-Maa'idah sebagai bedtime story Cik Sarah"

Sejak kebelakangan ini, buku di sebelah menjadi pilihan Sarah semasa di dalam kereta, sebelum tidur. Saya 'underestimate' tahap pemahaman cikpuan kecil ini dengan memilih surah-surah bercerita sahaja untuk dibaca. Contoh, Surah Yusuf, kisah Nabi Sulaiman dan burung hud-hud, dan cerita Maryam mendapat Nabi Isa. 

Sarah suka membuka muka surat secara 'random'. Mendarat di Surah Al-Maaidah. Sudah.... surah ini dimulakan dengan seruan, apa halal, apa haram..rasa seperti agak berat bagi kanak-kanak 5 tahun.

Saya pilih untuk baca juga kerana pendengar sudah sedia pasang telinga (dan hati). Sarah suka. Baca lagi, baca lagi.

Saya belajar: Bukan anak itu yang tidak boleh faham. Emaknya yang patut berusaha bantu dia faham. Paling penting, doa mohon Allah beri kefahaman.

Heeeheeeee....SIMPLIFY!
Kata Ustaz Mohammad Asraff Ayob, "Al Quran is simple, but not simplistic."
(Nota:  Buku Memahami Al Quran Petunjuk Kita,  Hj. Mohamad Ayob Yasin)