In the Name of Allah, the Lord of Mercy, the Giver of Mercy.
Ini terjemahan Bismillahirrahmaanirrahiim yang dekat dengan hati saya.
Saya diperkenalkan kepada senaskhah terjemahan AlQuran yang menambat jiwa oleh seorang sahabat rapat. The Quran, A New Translation by M.A.S Abdul Haleem (Oxford). Itu yang tertulis di kulit buku.
Saya seorang pembaca yang pada zaman remaja membesar dengan bahan bacaan Inggeris. Novel paperback biasa dihabiskan dengan cepat, apatah lagi bila dibaca sambil bersantai di atas sofa.
The Qur'an tiba ke tangan saya pada waktu yang ditetapkan Maha Penyusun Acara. Saat saya mencari jalan mahu menghadam mesej cinta yang diturunkan Maha Pencipta buat hamba-hambaNya.
Bayangkan. Naskhah istimewa ini bersaiz novel biasa. Sedap dibawa, padat digenggam. Di dalamnya, muka demi muka menghidangkan terjemahan Al Quran dalam bahasa Inggeris yang ditulis bukan sebaris, sebaris, tetapi bersambung seperti penulisan buku biasa.
Nampak biasa, sebenarnya super!
No comments:
Post a Comment