Saturday, March 21, 2015

Bawa Bertenang, Bonda - Seminar Supermommy 21 Mac 2015 di PPAS Shah Alam

Alhamdulillah.
Rezeki kita Allah sudah tetapkan.  Tiada kebetulan melainkan ketetapan.
Bermula dengan ‘friendly PM’ di FB, saya menghantar mesej ke Puan Siti Sarah, seorang usahawan online yang fokus kepada produk bahan bantu mengajar daneducational toys.
MashaAllah!  Beliau mengundang saya ke seminar khusus buat ibu sibuk dan kelam-kabut yang mahukan ketenangan dalam rutin harian.
Ahem, that sounds like me – always on the go, juggling tasks and activities and would love to have time for me-self.
Ini sudah bagus.  Pucuk dicita, ulam pegaga.  Syaratnya, di hujung program saya buat perkongsian 30 minit tentang Roadschooling.
———–
Alhamdulillah.
Segala puji hanya layak bagi Allah Pemilik Nyawa kita, Pentadbir semesta.
Seminar yang dianjurkan oleh sahabat saya itu ialah Seminar Supermommy bersama Puan Husna Haron (http://www.efficient2me.com/)
Saya suka konten yang disampaikan.
Puan Husna memindahkan kemahiran mengurus aktiviti harian yang merangkumi LAPAN elemen kehidupan.  Caranya, mesti ada SISTEM.
Apakah itu sistem?
Sistem ialah cara kerja ‘shortcut’.
Kemas rumah ada sistem.  Uruskan ‘laundry’ ada sistem.  Bagus, yes?
Saya suka dengan cara Puan Husna letakkan Al Quran sebagai sumber rujukan bagi mencari jawapan permasalahan yang kita hadapi.  “Bawa Al Quran di dalam beg tangan.”
Saya senang dengan penyampaian beliau yang berlapik – maksudnya, beliau kembalikan kuasa mutlak kepada Allah, Pentabdir semesta.
11010571_10205254536138177_9039417954741551038_n
(Foto:  Bersama Puan Husna selepas seminar tamat).
———– S U R P R I S E —————
Memenuhi ‘syarat’ undangan, saya membuat perkongsian ringkas tentang perjalanan Roadschooling :)
Tiada yang teknikal.  Lebih kepada penceritaan, apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan di ‘the road less taken’ ini.
Seperti yang saya kongsikan di Seminar Parenting 212 pada awal Mac tempohari, ada 4 P yang menjadi LEARNING POINTS peribadi saya sebagai seorang ibu roadschooling.
Tunggu posting seterusnya, inshaAllah.

Wednesday, February 25, 2015

Catan Royal Belum 2

Perjalanan ke kampung ini memerlukan kenderaan 4WD.
30-45 minit mendaki bukit.
Alhamdulillah, Allah izinkan kami angkut lima roadschoolers sekali untuk mereka lihat apa yang ayah ibu mereka buat untuk bangunkan diri masing-masing.
Semoga selepas kami sudah tiada, ada penyambung misi inshaAllah.
Foto 1: KD at 7 months, feeling at home smile emoticon
Foto 2: The children begged to sit 'outdoor.' So we let them.
Foto 3: The truck decided to take a break. Alhamdulillah sudah turun bukit dan hampir ke jalan besar Grik-Jeli.
Foto 4: The faces that always melt my heart.
This was last year.
Menanti masa untuk kembali ke sana tahun ini biiznillah.
Sekian,
Catatan Royal Belum 2




Monday, February 23, 2015

Cerita Royal Belum 1

* Missing them *
Gambar pengubat rindu.
We have always visualized a life of a 'musafir', a traveler.
Not a tourist, but a traveler.
Mixing with the locals, catching their languages, 'pakai baju sama dua-tiga-hari-masih-OK' kind of traveling.
And of course, the children will join the adventure.
Pernah terbayang, pergi ke tempat-tempat yang hanya ditonton di National Geographics? Ke lokasi eksotik anugerah Allah Al Khaliq.
Last year, alhamdulillah, the dream came true.
It was beyond what we asked for.
Asalnya mahu pergi jalan-jalan, berubah menjadi misi pembangunan insan.
Insan yang mahu dibangunkan itu diri sendiri.
Sekian,
Catatan Awal Cerita Royal Belum

Selfie without monopod.
Look at their eyes...kagum melihat wajah sendiri di skrin.

Bermain dengan Bahasa Inggeris bersama anak-anak Royals.
 Lihat perkataan dan gambar, letakkan di pinggan yang betul.

Ibu-ibu menemani anak-anak ke kelas.

This is their playground!
Oksigen suci di sini.
Hati murni di sini.
Tiada istilah pening.
Apa ada semua dikongsi.
 

Balloons and children ibarat isi dengan kuku.
Cara memenangi hati anak-anak - bawa belon dan tiup. No words needed. 

 
To reach the village, we had to go through two checkpoints, one military and another state park.
Children under 12 cannot enter.

So...anak-anak..tunggu 12 tahun ya baru boleh ikut Umi and Abi.
Mehmet followed us once.
Next, Musa pula inshaAllah.

Friday, February 20, 2015

You are My Sunshine

Bismillahirrahmaanirraheem.

"Ayuh tangkap dan guna bahasa Mat Saleh untuk jadi amal soleh"

http://youtu.be/6Nidg8Wmbdc

"Prophet Muhammad Sayyidul Mursalin
the one we follow Habibullah
he loves his ummah he loves them dearly
O Allah we love him too
If you love Allah follow Rasulullah
Allah will shower you with his rahmah
Let's say solawat follow his sunnah
O Allah we need his syafa'ah
Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad
Wa a'la aali Muhammad
Solaatan Daaiman Abadan"

Alhamdulillah dengan izinnya, beberapa lirik nursery rhymes telah diubahsuai serasi dengan nilai Islami.
Ada di dalam ebook FBI: Games on Wheels.

Cara mudah menggunakan bahasa Inggeris ialah melalui permainan.
Buku FBI: Games on Wheels ini merupakan koleksi permainan bahasa yang mencabar kepantasan minda serta melatih kemahiran bertutur dan mendengar.
Jangan risau, tiada ‘grammar police’ yang akan memeriksa tatabahasa pemain.  Mahu ‘warm up’ dengan Bahasa Melayu dahulu juga boleh.


Borang belian di sini:
Lembaran 37 halaman - Lima Langkah Awal dan Tiga...
DOCS.GOOGLE.COM

Belajar English dari Kisah Benar

Yaumul jumuah , Sayyidul Aiyyam !
اللّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَلى سَـيِّدِنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ عَبْدِÙƒَ ÙˆَرَسُÙˆْÙ„ِÙƒَ النَّبِÙŠِّ الأمِّÙŠِّ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…
Sempena memuliakan hari Jumaat,
‪#‎tipfasihenglish‬ akan kumpulkan KISAH BENAR dalam bahasa Inggeris untuk bacaan dan panduan anda.
1. Baca cerita ini OUT LOUD, tidak perlu terlampau kuat, cukup sekadar telinga sendiri mendengar.
2. Semasa baca, 'read in chunks.' Jangan baca sepatah sepatah, nanti maksudnya putus.
3. Selepas selesai, baca sekali lagi dalam bahasa dan sumber ASAL yang ada di rumah / smartphone anda.
Kita mula!
-------------
Moses said to his servant, 'I will not rest until I reach the place where the two seas meet, even if it takes me years!' but when they reached the place where the two seas meet, they had forgotten all about their fish, which made its way into the sea and swam away.
They journeyed on, and then Moses said to his servant, 'Give us our morning meal! This journey of ours is very tiring,' and [the servant] said, 'Remember when we were resting by the rock? I forgot the fish - Satan made me forget to pay attention to it - and it [must have] made its way into sea.'
'How strange!' Moses said, 'Then that was the place we were looking for.'
So the two turned back, retraced their footsteps, and found one of Our servants - a man to whom We had granted Our mercy and whom We had given knowledge of Our own.
Moses said to him, 'May I follow you so that you can teach me some of the right guidance you have been taught?'
The man said, 'You will not able to bear with me patiently. How could you be patient in matters beyond your knowledge?'
Moses said, 'God willing, you will find me patient. I will not disobey you in any way.'
----------------
Pop Quiz:
1. Name the surah.
2. Identify which aayaat


Source: The Qur'an, A New Translation by M.A.S Abdel Haleem (Oxford World's Classic).

Sunday, January 18, 2015

Tahap Mana Idaman Anda

Khusus bagi ibu ayah yang berhajat zuriat mereka fasih berbahasa Inggeris, saya kongsikan langkah pertama:

KENALPASTI target penguasaan bahasa yang mahu dicapai
5 Stages
1. Novice (Beginner): Kategori ‘tidak cukup makan.’ Payah berinteraksi, banyak menggunakan isyarat. Novice sukar memahami dan difahami.

2. Survivor (Intermediate): Cukup makan. Namanya ‘survivor’, kemahiran bahasanya cukup untuk tidak kelaparan. Boleh menjawab soalan asas dengan kosa kata terhad dan ‘grammar’ yang huru-hara. Contoh ‘survivor’ ialah pekerja Nepal yang datang ke Malaysia.

3. Conversationalist (Advanced): Makanan mencukupi. Just nice. Boleh dibawa bersembang, soalan diaju dapat dijawab. Walaupun ada cabaran ‘grammar’ namun ia tidak mencacatkan pemahaman. Ini tahap selesa berbahasa. Perbualan sekitar tanya khabar, keluarga, diri sendiri.

4. Debater (Fluent): Ibarat makan ‘buffet’ banyak juadah dan kerap ditambah. ‘Debater’ bukan bermaksud pendebat. Di tahap ini, yakin memberi idea dan hujah. ‘Grammar’ yang rumit dikuasai dan susunan ayat ada variasi.

5. Native (Mother Tongue): Bahasa ibunda.
Almaklum, yang ini boleh kita ketepikan awal-awal melainkan English ialah bahasa ibunda kita.
Namun, ada sesetengah pakar bahasa berpendapat, anak-anak yang didedahkan dengan bahasa pilihan ibu ayah seawal lima tahun pertama mereka, boleh dikelaskan sebagai penutur asal bahasa tersebut.

Selamat membuat pilihan.

Tuesday, January 13, 2015

Cara Termurah Bantu Anak Selesa Berbahasa Inggeris

Slide1Cara termudah dan termurah membantu anak-anak memperoleh kemahiran bahasa ialah berbual dengan mereka.  Proses dua hala menghasilkan pencerahan bermakna:
1.  Kita tahu apa yang berlaku di dalam hati dan minda mereka.
2.  Kita mula faham apa yang mereka faham.
3.  Kita mudah menghargai cara mereka memproses maklumat.

Peranan ibu ayah sebagai fasilitator pembelajaran anak-anak ialah menyediakan ruang yang selamat bagi mereka mengekspresi diri.


Apabila anak-anak sudah biasa ditanya, mereka akan selesa menjawab.
Mula dengan Bahasa Melayu, kemudian beralih kepada Bahasa Inggeris.
Guna ayat tanya terbuka supaya jawapan yang diterima lebih daripada Yes, No, I don’t know:
1.  What are you watching?  What do you think about this color?
2.  How many cats do you want to have?  How do you feel about this?
3.  Where would you like to go?
4.  Why do you choose that book?
5.  When is a good time to sleep?
Tidak mengapa apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris, mereka menjawab dalam Bahasa Melayu.
Pemerolehan bahasa memakan masa.

Selamat berbual!

Thursday, January 8, 2015

Ibu Bapa sebagai Professional Learning Facilitator (PLF)

Fasilitator memudahcara proses pembelajaran.
Sebagai PLF kepada anak-anak, ibu ayah mahu mencetuskan “momen mentol menyala” (the lightbulb moment) walaupun di luar masa belajar.  lightbulb1
Bukan apa yang kita tahu atau banyak mana kita tahu itu penting.
Bagaimana kita memudahkan anak-anak memahami sesuatu perkara itu yang lebih utama.
Benar, ibu ayah adalah guru pertama dan guru terbaik anak-anak.
Dengan berhijrah daripada mindset ‘guru’ yang serba tahu dan pakar dalam bidang yang diajar, kepada mindset ‘fasilitator’, kesannya dahsyat.
Kita akan mula faham ilmu yang kita miliki sudah cukup bagi membantu memandaikan anak-anak.
Sebagai seorang PLF, tugas kita bukan sekadar memberitahu dan menerangkan.  Kita mahu merangsang anak-anak berfikir, mendorong mereka bereksperimen, membimbing mereka mencari jalan.
Kita bertindak sebagai jambatan.

Tip Fasih English: Phrasal Verbs





Selepas membaca posting ini, anda akan tahu apa itu Phrasal Verbs dan anda boleh terus menggunakan SATU phrasal verb penting dalam perbualan harian anda. 

1. Apakah itu Phrasal Verbs?
Verbs = kata kerja 
Contoh: take, go, put, look

Apabila satu verb dipadankan dengan dua atau tiga perkataan kecil yang lain,
misalnya
take + away, go + on, put + up, look + into,
gabungan ini membawa maksud yang baru.

Penutur bahasa Inggeris biasa menggunakan phrasal verbs dalam perbualan dan penulisan mereka. Bagus jika kita juga biasakan diri dan berlatih menangkap ungkapan sebegini.

Kita mudah faham, tidak akan berlaku proses penterjemahan word by word.
Bahasa kita menjadi lebih natural dan sedap didengar.

2. Bagaimana menggunakan phrasal verbs di dalam ayat?

look forward to = excited about something
I look forward to our Family Day next month.
She looks forward to her novel launching event.

PENTING:
Apabila anda padankan look forward to + verb, tambah imbuhan -ing di belakangnya. 

"I am looking forward to hearing from you soon."
The children look forward to visiting their Opah in Taiping.


Contoh lagi (lagi banyak lagi bagus, mudah mahu guna)

looking forward to meeting you, 
looking forward to sharing more tips on this blog,
look forward to organizing Save the Children Project


Rakam irama ini di dalam minda. Sebut ia sekaligus. Ini namanya 'menjala' bahasa Inggeris, jala besar, ikan yang masuk juga besar.

Selamat berbahasa Inggeris gaya santai!



---------------------------
Grammar menggeramkan?

Grammar itu susunan bahasa.
Bagaimana perkataan bekerjasama.

Sebelum fokus ilmu grammar, 'adjust' dahulu cara kita melihat bahasa.

Benarkah, tanpa masuk kelas, boleh selesa berbahasa Inggeris?

Boleh!
Kami catatkan gerak kerja mudah dan praktikal untuk anda memulakan pengembaraan FBI, tanpa perlu masuk ke kelas English.

Lembaran ebook 37 halaman ini dibahagikan kepada DUA bahagian:

1. Anda akan lihat English dari sudut baru yang segar bugar.
Tanpa kelas, kursus, tuisyen.

2. Anda dibekalkan dengan teknik menangkap English berkali ganda lebih laju dari cara diajar di sekolah.

BONUS:
Ada 3 set Latihan Spontan untuk anda ujikaji dan bereksperimen dengan tip yang diberikan.

Sedia, mula!

Dengan hormat,
Coach Ridz & Sha
Pencatat dan pengamal tip, teknik, trik FBI.

------------------------------------------

Klik link untuk memiliki ebook FBI.
http://bit.ly/1AhvO5Y

Januari 2015, kembali ke harga asal RM29.00.