Tuesday, May 20, 2014

Memburu Ilmu bersama Tuan Guru


MENGAPA 'HIDAYATUS SALIKIN'?

Pengajian Akbar Kitab HIDAYATUS SALIKIN bersama Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam bakal diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KL pada 5-8 Jun 2014 kerana...

Isi kitab ini adalah berkenaan dengan tiga ilmu utama yang mesti difahami dan dihayati (setakat fardu ain terlebih dahulu), iaitu ilmu aqidah, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.

* Ilmu aqidah adalah untuk membetulkan aqidah dan penghayatannya;
* Ilmu fiqh adalah untuk membetulkan ibadah dan amalan-amalan dalam kehidupan dan penghayatannya;
* Ilmu tasawuf adalah untuk mengenali ilmu membersihkan batin dan zahir manusia supaya amalannya diterima oleh Allah dan tidak ditolak-Nya.

Turut dibincang juga tentang:
* menuntut ilmu yang bermanfaat dan mengelak daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
* huraian aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menyentuh 20 sifat ketuhanan.
* sifat-sifat Nabi SAW dan kedudukan nabi-nabi dan rasul a.s.
* soal kiamat dan akhirat,
* kedudukan para Sahabat dan Khulafa ur-Rasyidin.

Ini diikuti dengan segi-segi ketaatan yang zahir dan yang batin, juga perkara menjauhi maksiat yang zahir dan batin, semata-mata untuk membawa manusia kepada taqwa, antaranya:
* adab-adab membersihkan dan menyucikan diri untuk beribadah kepada Allah, adab-adab berwuduk, adab mandi wajib, adab dan hukum tayamum, adab ke masjid, adab-adab menjaga masa setiap hari, solat Isyraq, Dhuha dan wirid-wiridnya.
* persiapan untuk solat, hukum-hukum dan doa-doa serta wirid-wiridnya, dan sebagainya.
* hukum-hukum dan adab-adab melaksanakan ibadah puasa dengan menjaga anggota zahir daripada membatalkan puasa, dan lain-lain.
* menjauhkan diri daripada maksiat yang batin, serta pelbagai sifat mazmumah dan mahmudah.
* dan sebagainya.

Pendek kata, ia adalah rangkuman penghalusan tatacara ibadah, akhlak dan adab yang sepatutnya ada pada setiap muslim bermula dari bangun tidur hingga masuk tidur kembali.

*******************************

JOM KITA MENGAJI BERTALAQI KITAB HIDAYATUS SALIKIN

Yuran Penyertaan: RM150 sahaja seorang.

Pendaftaran masih dibuka.

Hubungi Urusetia: 03 614 21 614
Sms/ Whatsapp: 013-669 7992 (Suriati) / 019-319 8195 (Khalidah)
Emel : suriati@galeriilmu.com

Tarikh tutup pendaftaran: 25 Mei ini.

No comments:

Post a Comment