Friday, April 14, 2017

Sha's Edventure: Puffy Moon

Science L1
#qlsscience1
#puffypaint
#moonscience

Puffy Paint Moon, in conjunction with the upcoming Isra' Mi'raj.

~ 1/2 cup white glue
~ 1 1/2 cup shaving foam

For a class of 15 pax, 1 can of Gillette Lemon Lime Foam, RM12+ is good.

** The lemony scent is waaay better than other manly ones, in my humble opinion.

Engage: 
Hold a styrofoam ball and ask, can you imagine what is this?

[ available at Mr. DIY, RM1.80 for 2 pcs]

A ball!  They would say.
Ask them to keep guessing and hopefully, one will say..

MOON!

Explore: 
1.  Ask about the colors of the moon.
2.  How far it is from the earth.
3.  Ask about the moon surface.  Is it smooth? Bumpy?

Take the styrofoam moon and poke with the back of whiteboard markers.  

Let's make our moon with the puffy paint.
Create craters as well.

Explain:
Talk about how stars (big word would be meteorites) hit the moon.

This is why moon has craters.

Earth is protected by a shield (big word: atmosphere).

I always skip the BIG words.

Throughout the class, glorify Allah.
 La hawla wa la quwwata illa billah.





Tuesday, June 28, 2016

Tukar Skrip YES


Start small and consistent.
Choose one expression a week.
For example, this week's stylish word is:  Of course.

Setiap kali anak ajukan soalan dan permintaan, ubah jawapan dari YA kepada 'Of course.'
Senyum :)

Ibu ayah memudahcara perolehan bahasa Inggeris anak-anak dengan memodelkan penggunaan 'of course'.
Usaha kecil dibuat berterusan akan mendatangkan hasil.

InshaAllah :)


Monday, June 27, 2016

Ilmu yang Memberi Manfaat ada 7 Ciri

Saban hari kita keluar rumah mencari sesuatu bagi memenuhi hajat.

Ada yang pergi belajar.
Ada yang jadi saudagar.
Ada yang masuk melapor diri.
Ada di rumah menjadi suri.

Alangkah indah apabila rutin harian menepati garis panduan yang disukai ArRahmaan.

Antara kewajipan seorang hamba ialah mengenal Pemiliknya supaya cinta dan taat serta takut akan kemurkaanNya.

Caranya, seorang hamba itu perlu memburu ilmu dan berguru.  Ilmu bukan sebarang ilmu, ilmu yang memberi manfaat itulah yang di arah tuju.

Di dalam kitab Hidayatus Salikin tulisan Syeikh Abdus Samad al Falimbani, iaitu kitab terjemahan dan tambahan kepada kitab Bidayatul Hidayah, sebuah kitab ringkasan terhadap kitab Ihya' Ulumiddin karangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali rahimahullah ta'ala,

ada tujuh kriteria bagi mengukur apakah ilmu yang dipelajari itu benar bermanfaat atau sebaliknya.

"Dan ilmu yang memberi manfaat itu ialah

(1) barang yang menambah takutmu akan Allah,

(2) menambah pula dalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu,

(3) menambah pula dalam pengenalanmu akan ibadah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia dan yang Maha Tinggi,

(4) mengurangkan akan gemarmu kepada dunia,

(5) menambah gemarmu kepada akhirat,

(6) membukakan mata hatimu dengan yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya, dan

(7) memperlihatkan engkau atas tipu syaitan dan perdayanya."

Renung dalam-dalam.
Apakah yang kita kejar selama ini, atau usahakan untuk dikejar anak-anak kita memenuhi tujuh ciri di atas.

Moga kita dan anak cucu cicit dijauhkan dari kesibukan yang tiada penghujung dan langsung tiada untung.

Semoga apa yang dicari membawa manfaat memenuhi hajat hidup akhirat.

wabillahittaufiq.



Assalamualaikum ibu ayah soleh dan musleh!
🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢

Today I want to share my favorite video in the ICS DVD set.

I know you know this song, inshaAllah.

Antara 'nursery rhymes' wajib masa budak-budak dulu.

Love the animation! 🌎🌌🌎🌌🌎🌌🌎
Love the new lyrics! 🎢🎼🎢🎼🎢🎼🎢

Above all,
I love the message in this song. Subhanallah! πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Inspired by ayat 190-191 of Surah Ali 'Imraan.

Bagi yang baru kenal ICS,
selamat berkenalan!

Kita guna bahasa Mat Saleh untuk beramal soleh.

#islamicchildrensongs
#lagukanakkanak
Melodi sama, lirik berbeza.

Sunday, June 26, 2016

Apa Target Mu?

Pagi! Khusus bagi ibu ayah yang berhajat si cilik soleh selesa berbahasa Inggeris, saya kongsikan langkah pertama:
# KENALPASTI target penguasaan bahasa yang mahu dicapai #
5 Stages
1. Novice (Beginner): Kategori ‘tidak cukup makan.’ Payah berinteraksi, banyak menggunakan isyarat. Novice sukar memahami dan difahami.
2. Survivor (Intermediate): Cukup makan. Namanya ‘survivor’, kemahiran bahasanya cukup untuk tidak kelaparan. Boleh menjawab soalan asas dengan kosa kata terhad dan ‘grammar’ yang huru-hara. Contoh ‘survivor’ ialah pekerja Nepal yang datang ke Malaysia.
3. Conversationalist (Advanced): Makanan mencukupi. Just nice. Boleh dibawa bersembang, soalan diaju dapat dijawab. Walaupun ada cabaran ‘grammar’ namun ia tidak mencacatkan pemahaman. Ini tahap selesa berbahasa. Perbualan sekitar tanya khabar, keluarga, diri sendiri.
4. Debater (Fluent): Ibarat makan ‘buffet’ banyak juadah dan kerap ditambah. ‘Debater’ bukan bermaksud pendebat. Di tahap ini, yakin memberi idea dan hujah. ‘Grammar’ yang rumit dikuasai dan susunan ayat ada variasi.
5. Native (Mother Tongue): Bahasa ibunda.
Penting, kita tetapkan target yang betul.
Ini namanya 'the shaping process.'  Supaya kita tidak cepat melatah dan mengalah dalam usaha membantu si cilik soleh selesa berbahasa Inggeris.

Lagi bagus, kita mula dahulu.
Apa target mu, wahai ayah dan ibu?
πŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–
Assalamualaikum.

Nama saya Rasheedah.
Anak murid di Dzuliman Quranic Lifeschool (Primary) panggil saya Aunty Sha.

Saya salah seorang pembina Islamic Children Songs.

Selamat berkenalan. 🌻🌻🌻🌻



Hari ini, kita cerita-cerita sedikit, boleh?
Sempena usia ICS mencecah setahun jagung

(Rejab tahun lepas ke Ramadan tahun ini inshaAllah),

saya mahu coret sedikit kisah kelahiran 10 lagu 'nursery rhymes' yang diberi nafas baru.

☔πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§
Hujan renyai-renyai di luar.

Di dalam, saya sedang 'bonding' dengan Khadeejah, anak nombor lima yang sudah lebih setahun umurnya.

Hmmm...fikir mahu nyanyi lagu budak-budak.
Nursery rhymes.

Sehari sebelum itu saya hadiri bengkel Puan Ashikin Hashim, pakar pendidikan awal kanak-kanak.

Kata beliau, bercakap dengan bayi.  Baca, sembang, nyanyi.

πŸŒ‚ Lagu yang terlintas di kepala, lagu "Rain, Rain Go Away." Sesuai dengan cuaca di luar.

Rain, rain go away.
Come again another day.
Khadeejah wants to play,
Rain, rain go away.

Hahah, Khadeejah tidak respon apa-apa.

Saya terfikir.
Mengapa kita mahu halau hujan?

Hujan itu rahmat, betul?

Haisshh, tukar lirik lah.

"Rain is a blessing.
.....
....

Ha! Apa kata...

"Rain is a blessing,
From Allah who's The King.

Macam best pula.

Sekarang ke cari bunyi "ing ing" di hujung, atau yang hampir dengannya.

Ha ha! Apa kata...

"Rain is a blessing,
From Allah who's The King
To all of us, living things
So we can live and keep growing!"

Yeayyy alhamdulillah!
Dapat satu lagu untuk Khadeejah.

Yes, niat asal untuk dia sahaja.
Wallahu a'lam.
🌈🌈🌈

Tetapi jika kawan-kawan dengar di cd/dvd ICS, liriknya diubah lagi.

Dari "Allah, Who's The King" ke "Allah Ar Raheem."

Lebih indah.

** Guna bahasa Mat Saleh untuk beramal soleh.**
InshaAllah.

#islamicchildrensongs

Saturday, March 21, 2015

Bawa Bertenang, Bonda - Seminar Supermommy 21 Mac 2015 di PPAS Shah Alam

Alhamdulillah.
Rezeki kita Allah sudah tetapkan.  Tiada kebetulan melainkan ketetapan.
Bermula dengan ‘friendly PM’ di FB, saya menghantar mesej ke Puan Siti Sarah, seorang usahawan online yang fokus kepada produk bahan bantu mengajar daneducational toys.
MashaAllah!  Beliau mengundang saya ke seminar khusus buat ibu sibuk dan kelam-kabut yang mahukan ketenangan dalam rutin harian.
Ahem, that sounds like me – always on the go, juggling tasks and activities and would love to have time for me-self.
Ini sudah bagus.  Pucuk dicita, ulam pegaga.  Syaratnya, di hujung program saya buat perkongsian 30 minit tentang Roadschooling.
———–
Alhamdulillah.
Segala puji hanya layak bagi Allah Pemilik Nyawa kita, Pentadbir semesta.
Seminar yang dianjurkan oleh sahabat saya itu ialah Seminar Supermommy bersama Puan Husna Haron (http://www.efficient2me.com/)
Saya suka konten yang disampaikan.
Puan Husna memindahkan kemahiran mengurus aktiviti harian yang merangkumi LAPAN elemen kehidupan.  Caranya, mesti ada SISTEM.
Apakah itu sistem?
Sistem ialah cara kerja ‘shortcut’.
Kemas rumah ada sistem.  Uruskan ‘laundry’ ada sistem.  Bagus, yes?
Saya suka dengan cara Puan Husna letakkan Al Quran sebagai sumber rujukan bagi mencari jawapan permasalahan yang kita hadapi.  “Bawa Al Quran di dalam beg tangan.”
Saya senang dengan penyampaian beliau yang berlapik – maksudnya, beliau kembalikan kuasa mutlak kepada Allah, Pentabdir semesta.
11010571_10205254536138177_9039417954741551038_n
(Foto:  Bersama Puan Husna selepas seminar tamat).
———– S U R P R I S E —————
Memenuhi ‘syarat’ undangan, saya membuat perkongsian ringkas tentang perjalanan Roadschooling :)
Tiada yang teknikal.  Lebih kepada penceritaan, apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan di ‘the road less taken’ ini.
Seperti yang saya kongsikan di Seminar Parenting 212 pada awal Mac tempohari, ada 4 P yang menjadi LEARNING POINTS peribadi saya sebagai seorang ibu roadschooling.
Tunggu posting seterusnya, inshaAllah.