Showing posts with label islamic children songs. Show all posts
Showing posts with label islamic children songs. Show all posts

Monday, June 27, 2016


Assalamualaikum ibu ayah soleh dan musleh!
🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢🌌🎢

Today I want to share my favorite video in the ICS DVD set.

I know you know this song, inshaAllah.

Antara 'nursery rhymes' wajib masa budak-budak dulu.

Love the animation! 🌎🌌🌎🌌🌎🌌🌎
Love the new lyrics! 🎢🎼🎢🎼🎢🎼🎢

Above all,
I love the message in this song. Subhanallah! πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Inspired by ayat 190-191 of Surah Ali 'Imraan.

Bagi yang baru kenal ICS,
selamat berkenalan!

Kita guna bahasa Mat Saleh untuk beramal soleh.

#islamicchildrensongs
#lagukanakkanak
Melodi sama, lirik berbeza.

Sunday, June 26, 2016

Assalamualaikum.

Nama saya Rasheedah.
Anak murid di Dzuliman Quranic Lifeschool (Primary) panggil saya Aunty Sha.

Saya salah seorang pembina Islamic Children Songs.

Selamat berkenalan. 🌻🌻🌻🌻



Hari ini, kita cerita-cerita sedikit, boleh?
Sempena usia ICS mencecah setahun jagung

(Rejab tahun lepas ke Ramadan tahun ini inshaAllah),

saya mahu coret sedikit kisah kelahiran 10 lagu 'nursery rhymes' yang diberi nafas baru.

☔πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§
Hujan renyai-renyai di luar.

Di dalam, saya sedang 'bonding' dengan Khadeejah, anak nombor lima yang sudah lebih setahun umurnya.

Hmmm...fikir mahu nyanyi lagu budak-budak.
Nursery rhymes.

Sehari sebelum itu saya hadiri bengkel Puan Ashikin Hashim, pakar pendidikan awal kanak-kanak.

Kata beliau, bercakap dengan bayi.  Baca, sembang, nyanyi.

πŸŒ‚ Lagu yang terlintas di kepala, lagu "Rain, Rain Go Away." Sesuai dengan cuaca di luar.

Rain, rain go away.
Come again another day.
Khadeejah wants to play,
Rain, rain go away.

Hahah, Khadeejah tidak respon apa-apa.

Saya terfikir.
Mengapa kita mahu halau hujan?

Hujan itu rahmat, betul?

Haisshh, tukar lirik lah.

"Rain is a blessing.
.....
....

Ha! Apa kata...

"Rain is a blessing,
From Allah who's The King.

Macam best pula.

Sekarang ke cari bunyi "ing ing" di hujung, atau yang hampir dengannya.

Ha ha! Apa kata...

"Rain is a blessing,
From Allah who's The King
To all of us, living things
So we can live and keep growing!"

Yeayyy alhamdulillah!
Dapat satu lagu untuk Khadeejah.

Yes, niat asal untuk dia sahaja.
Wallahu a'lam.
🌈🌈🌈

Tetapi jika kawan-kawan dengar di cd/dvd ICS, liriknya diubah lagi.

Dari "Allah, Who's The King" ke "Allah Ar Raheem."

Lebih indah.

** Guna bahasa Mat Saleh untuk beramal soleh.**
InshaAllah.

#islamicchildrensongs