Sunday, June 26, 2016

Apa Target Mu?

Pagi! Khusus bagi ibu ayah yang berhajat si cilik soleh selesa berbahasa Inggeris, saya kongsikan langkah pertama:
# KENALPASTI target penguasaan bahasa yang mahu dicapai #
5 Stages
1. Novice (Beginner): Kategori ‘tidak cukup makan.’ Payah berinteraksi, banyak menggunakan isyarat. Novice sukar memahami dan difahami.
2. Survivor (Intermediate): Cukup makan. Namanya ‘survivor’, kemahiran bahasanya cukup untuk tidak kelaparan. Boleh menjawab soalan asas dengan kosa kata terhad dan ‘grammar’ yang huru-hara. Contoh ‘survivor’ ialah pekerja Nepal yang datang ke Malaysia.
3. Conversationalist (Advanced): Makanan mencukupi. Just nice. Boleh dibawa bersembang, soalan diaju dapat dijawab. Walaupun ada cabaran ‘grammar’ namun ia tidak mencacatkan pemahaman. Ini tahap selesa berbahasa. Perbualan sekitar tanya khabar, keluarga, diri sendiri.
4. Debater (Fluent): Ibarat makan ‘buffet’ banyak juadah dan kerap ditambah. ‘Debater’ bukan bermaksud pendebat. Di tahap ini, yakin memberi idea dan hujah. ‘Grammar’ yang rumit dikuasai dan susunan ayat ada variasi.
5. Native (Mother Tongue): Bahasa ibunda.
Penting, kita tetapkan target yang betul.
Ini namanya 'the shaping process.'  Supaya kita tidak cepat melatah dan mengalah dalam usaha membantu si cilik soleh selesa berbahasa Inggeris.

Lagi bagus, kita mula dahulu.
Apa target mu, wahai ayah dan ibu?
πŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–πŸŒŽπŸ’–

No comments:

Post a Comment