Khusus bagi ibu ayah yang berhajat zuriat mereka fasih berbahasa Inggeris, saya kongsikan langkah pertama:
KENALPASTI target penguasaan bahasa yang mahu dicapai
1. Novice (Beginner): Kategori ‘tidak cukup makan.’ Payah berinteraksi, banyak menggunakan isyarat. Novice sukar memahami dan difahami.
2. Survivor (Intermediate): Cukup makan. Namanya ‘survivor’, kemahiran bahasanya cukup untuk tidak kelaparan. Boleh menjawab soalan asas dengan kosa kata terhad dan ‘grammar’ yang huru-hara. Contoh ‘survivor’ ialah pekerja Nepal yang datang ke Malaysia.
3. Conversationalist (Advanced): Makanan mencukupi. Just nice. Boleh dibawa bersembang, soalan diaju dapat dijawab. Walaupun ada cabaran ‘grammar’ namun ia tidak mencacatkan pemahaman. Ini tahap selesa berbahasa. Perbualan sekitar tanya khabar, keluarga, diri sendiri.
4. Debater (Fluent): Ibarat makan ‘buffet’ banyak juadah dan kerap ditambah. ‘Debater’ bukan bermaksud pendebat. Di tahap ini, yakin memberi idea dan hujah. ‘Grammar’ yang rumit dikuasai dan susunan ayat ada variasi.
5. Native (Mother Tongue): Bahasa ibunda.
Almaklum, yang ini boleh kita ketepikan awal-awal melainkan English ialah bahasa ibunda kita.
Namun, ada sesetengah pakar bahasa berpendapat, anak-anak yang didedahkan dengan bahasa pilihan ibu ayah seawal lima tahun pertama mereka, boleh dikelaskan sebagai penutur asal bahasa tersebut.
Selamat membuat pilihan.