Thursday, January 8, 2015

Ibu Bapa sebagai Professional Learning Facilitator (PLF)

Fasilitator memudahcara proses pembelajaran.
Sebagai PLF kepada anak-anak, ibu ayah mahu mencetuskan “momen mentol menyala” (the lightbulb moment) walaupun di luar masa belajar.  lightbulb1
Bukan apa yang kita tahu atau banyak mana kita tahu itu penting.
Bagaimana kita memudahkan anak-anak memahami sesuatu perkara itu yang lebih utama.
Benar, ibu ayah adalah guru pertama dan guru terbaik anak-anak.
Dengan berhijrah daripada mindset ‘guru’ yang serba tahu dan pakar dalam bidang yang diajar, kepada mindset ‘fasilitator’, kesannya dahsyat.
Kita akan mula faham ilmu yang kita miliki sudah cukup bagi membantu memandaikan anak-anak.
Sebagai seorang PLF, tugas kita bukan sekadar memberitahu dan menerangkan.  Kita mahu merangsang anak-anak berfikir, mendorong mereka bereksperimen, membimbing mereka mencari jalan.
Kita bertindak sebagai jambatan.

No comments:

Post a Comment