Menaip di atas bot di tengah Tasik Temengor.
Sesi bersama anak-anak Kg. Sg. Kejar di Royal Belum baru sahaja selesai.
Di kiri kanan perjalanan, rimbunan nan hijau menyejukkan pandangan.
Lega.
Tiada billboards yang memancing hati menambah kehendak.
Di dalam kereta subuh tadi, saya berkesempatan mendengar audio terjemahan dan penerangan beberapa ayat pertama dari juz 3.
Allah menghantar Rasul kepada kaum manusia. Antara rasul-rasul itu ada yang diberi status tinggi berbanding yang lain.
Contoh yang diberi di dalam ayat yang dibaca ialah Nabi Isa dan status baginda yang istimewa. Ini adalah ujian bagi kaum yang diberi kelebihan. Apakah dengan keistimewaan itu mereka menjadi lebih taat atau sebaliknya.
Saya berfikir.
Kita (saya) kerap rasa kurang kecukupan dan sentiasa berkemahuan. Minta itu dan ini.
Hari ini, pulang dari perkampungan Orang Asli yang warganya masih 'kais pagi makan pagi', audio ayat yg didengar pagi tadi menyentap hati.
Ya, kais pagi makan pagi itulah mereka.
Menunggu bot masuk dengan harapan perut dapat dialas.
Mesej untuk diri. Cukup-cukuplah mengidamkan itu dan ini. Kelebihan kurniaan Tuhan itu ujian.
Halal dihisab, haram diazab.
Wallahu a'lam.