Thursday, May 22, 2014

Homestay Pilihan


Selamat datang ke Coaching Zone.
Ini homestay gaya baru.

Gambar di atas ialah ruang tamu yang boleh diubahsuai menjadi bilik mesyuarat, bengkel, coaching dan usrah.  Susunatur ruang ini boleh ditukar mengikut pilihan penyewa dan dilengkapi dengan perabot ala hotel yang selesa.

Sekiranya mahu bermalam, bilik tidur disediakan.


Ini satu lagi ruang tamu sebelum melangkah ke bilik tidur.  Ruang ini dilengkapi dua katil single, sofa, TV dan rak yang dipenuhi buku.  Free reading :)

Bilik tidur berkatil queen ini berada di sebelah ruang tamu di atas (berpintu).
Tandas/bilik mandi boleh diakses dari bilik tidur.


Alamat:  51-2 Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine, Seri Kembangan.
Lokasi yang strategik dengan deretan kedai dan restoran di dalam kawasan yang sama.

Surau (boleh solat Jumaat) berdekatan.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Boleh disewa untuk homestay sahaja atau dewan seminar sahaja atau kedua-duanya sekali.

PENTING: Lokasi di rumah kedai Tingkat 2.
(Ground floor kedai serbaneka, Tingkat 1 Klinik Gigi)

Harga sewa untuk Homestay = RM180.00
(2 bilik tidur, 1 katil double, 2 katil single, 2 tilam ekstra, Perpustakaan mini, 2 bilik air, air-cond, TV)

Harga sewa untuk Dewan Seminar = RM250 (8am - 6pm)
(Kapasiti 25 orang, LCD projector, whiteboard, pantry, berkarpet, sofa/settee, kerusi empuk tidak seperti dewan seminar lain,( sila rujuk gambar)

Harga diskaun untuk keduanya RM350 sahaja. 

Sesuai untuk sesi coaching, bengkel, usrah, mesyuarat, discussion dan apa jua jenis perjumpaan reunion dll.

Berdekatan beberapa kedai makan, ada yang 24 jam, 7 eleven, 2 minit ke AEON Taman Equine, 3 minit ke Giant Seri Kembangan, 2.5 minit ke Pasar Borong Selangor, 10 minit ke Putrajaya, 25 minit ke KL, 25 minit ke KLIA, 2 minit ke Masjid Al Muttaqin, 3 minit ke surau alMunir, 15 minit ke Stadium Nasional Bukit Jalil, 15 minit ke The Mines, 5 minit ke Farm in The City dan banyak lagi tempat menarik)
---------------------------------------------------------------------------------------------

Hubungi:
Ridzuan 018 284 3301



Tuesday, May 20, 2014

Kuasa Nombor Pecahan: Perintah Tuhan di dalam Al Quran

Teringat zaman sekolah rendah, menghafal sifir dengan susah-payah.
Di dalam kelas matematik, Cikgu akan menyoal sifir secara congak dan hanya yang berjaya menjawab dengan tepat mendapat nikmat duduk di kerusi.  Yang gagal apabila disoal akan dihukum berdiri atau jika kena hukum penalti, berdiri di atas kerusi.



Ini bukan posting tip menghafal sifir.

Ini catatan pembelajaran tentang aplikasi sifir iaitu PECAHAN di dalam pengajian madrasah.
Kelasnya kelas ilmu FARAID.

Jujur, mulut saya ternganga apabila masuk ke kelas faraid... hari pertama pula.

Tuan Guru Ustaz Ilyas dengan santai membuat pengiraan di whiteboard sambil mengupas istilah matematik dalam bahasa Arab.  (Bayangkan para alim ulama kita belajar Maths in Arabic! Subhanallah)

Topik yang dikupas pagi itu ialah langkah membuat pengiraan faraid apabila ada laporan kematian.
Jadi, ustaz akan berikan kes.
Pelajar (kami lah tu) akan buat catatan mengikut laporan yang diperolehi.
Ada beberapa langkah yang harus diambilkira, contohnya, kenalpasti dahulu pertalian antara pelapor dan si mati sebelum catatan dibuat.
Seterusnya, ada formula yang membantu pengiraan.

Dalam posting ini bukan data teknikalnya yang mahu saya tulis, almaklum, budak baru belajar.
Saya terkesima dengan betapa perincinya perintah Allah di dalam kitab manual kehidupan harian kita, Al Quran.

Selama saya belajar matematik, dari satu campur satu sehingga ke kelas calculus, saya tidak pernah nampak kaitan langsung antara ilmu nombor ini dengan susunatur kehidupan, atau lebih tepat lagi, kematian.

Hari ini saya mula melihat aplikasi pecahan.
The application of fractions in fiqh.

Allah cipta nombor untuk kita saksikan ketelitianNya.
1/6, 1/4, 1/3, 1/8, 1/2 - angka-angka ini mewakili hak seorang anak yatim, isteri, ibu, ayah, adik-beradik, dan lain-lain.

Pecahan dicipta Tuhan untuk menyatukan kita.

Wallahu a'lam.
Perjalanan masih jauh.






Memburu Ilmu bersama Tuan Guru


MENGAPA 'HIDAYATUS SALIKIN'?

Pengajian Akbar Kitab HIDAYATUS SALIKIN bersama Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam bakal diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KL pada 5-8 Jun 2014 kerana...

Isi kitab ini adalah berkenaan dengan tiga ilmu utama yang mesti difahami dan dihayati (setakat fardu ain terlebih dahulu), iaitu ilmu aqidah, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.

* Ilmu aqidah adalah untuk membetulkan aqidah dan penghayatannya;
* Ilmu fiqh adalah untuk membetulkan ibadah dan amalan-amalan dalam kehidupan dan penghayatannya;
* Ilmu tasawuf adalah untuk mengenali ilmu membersihkan batin dan zahir manusia supaya amalannya diterima oleh Allah dan tidak ditolak-Nya.

Turut dibincang juga tentang:
* menuntut ilmu yang bermanfaat dan mengelak daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
* huraian aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menyentuh 20 sifat ketuhanan.
* sifat-sifat Nabi SAW dan kedudukan nabi-nabi dan rasul a.s.
* soal kiamat dan akhirat,
* kedudukan para Sahabat dan Khulafa ur-Rasyidin.

Ini diikuti dengan segi-segi ketaatan yang zahir dan yang batin, juga perkara menjauhi maksiat yang zahir dan batin, semata-mata untuk membawa manusia kepada taqwa, antaranya:
* adab-adab membersihkan dan menyucikan diri untuk beribadah kepada Allah, adab-adab berwuduk, adab mandi wajib, adab dan hukum tayamum, adab ke masjid, adab-adab menjaga masa setiap hari, solat Isyraq, Dhuha dan wirid-wiridnya.
* persiapan untuk solat, hukum-hukum dan doa-doa serta wirid-wiridnya, dan sebagainya.
* hukum-hukum dan adab-adab melaksanakan ibadah puasa dengan menjaga anggota zahir daripada membatalkan puasa, dan lain-lain.
* menjauhkan diri daripada maksiat yang batin, serta pelbagai sifat mazmumah dan mahmudah.
* dan sebagainya.

Pendek kata, ia adalah rangkuman penghalusan tatacara ibadah, akhlak dan adab yang sepatutnya ada pada setiap muslim bermula dari bangun tidur hingga masuk tidur kembali.

*******************************

JOM KITA MENGAJI BERTALAQI KITAB HIDAYATUS SALIKIN

Yuran Penyertaan: RM150 sahaja seorang.

Pendaftaran masih dibuka.

Hubungi Urusetia: 03 614 21 614
Sms/ Whatsapp: 013-669 7992 (Suriati) / 019-319 8195 (Khalidah)
Emel : suriati@galeriilmu.com

Tarikh tutup pendaftaran: 25 Mei ini.